Thursday, May 5, 2011

love is cinta ( bah 1 )

Love itu cinta.. cinta itu ????? ( part 1 )
Tujuan aku menulis ini bukannya apa. Terasa ingin menulis setelah sekian lama..11.2.11. tarikh keramat dalam hidup aku..kenapa???? Rasanya terlalu peribadi untuk aku ceritakan. Biarlah hanya aku.. dia dan keluargaku sahaja yang mengehtahui apa disebalik nombor ini. Alhamdulillah bersyukur.. semuanya selamat J tak seperti yang aku bayangkan. Sinar baru kembali menjelma dan aku umpama dihidupkan kembali. Aku rasa seronok sekarang.. kerna aku ada tempat untuk  aku menulis apa yang ada dalam hati aku.. seperti zaman typewriter.. masa tu mana ada blog macam ni J .. sama tinggi dengan aku kertas2 coretan.. dah memang fitrah aku.. menulis untuk meluah rasa..
Aku nak berkongsi sebuah pengembaraan .. pengembaraan tentang aku dan sesuatu.. bila kita berbicara soal cinta.. ianya sesuatu yang sangat universal. Cinta kan ALLAH itu hakiki.. cinta sesame insane itu duniawi. Bagi aku cinta itu bukan sekadar untuk pasangan kita tetapi ianya lebih dari itu. Ada orang kata cinta itu indah. Ada yang kata cinta itu ketawa dan airmata. Ada orang kata cinta itu buta dan ada juga yang kata cinta itu gila. Tetapi ada juga antara kalian yang berkata cinta itu cukup suci.. cinta sabun mandi.. cinta touch n go.. cinta angkat..tolak ..masuk picit.. macam-macam.. masyaALLAH.. perlbagai definasi tentang cinta.. bermacam klasifikasi cinta..tersurat dan tersirat..nampak dan samar-samar.
Dulu aku antara yang paling susah nak di handle dalam family members. Maklumlah aku seorang sahaja bunga dalam pondok buruk kami. Orang nampak dengan mata kasar.. aku cukup bertuah.. tapi itu pandangan mata.. pandangan mata selalu menipu..pandangan hati itu yang hakiki. Zaman kanak-kanak aku cukup riang. Sama seperti anak-anak kecil yang lain. Ditatang.. disayang.. dimanja dan dibelai dengan penuh rasa kecintaan dan kasih saying.. tetapi semua itu tidak lama.. macam orang kata.. aku sangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari.. badai melanda.. tsunami menghempas. Aku tak salahkan sesiapa atas apa yang berlaku kepada aku. Ianya bertitik tolak dari diriku sendiri yang memang merupakan seorang pemberontak no 1. Memang patut aku dilayan seperti itu.
Zaman remaja aku.. kalau nak diingat memang tersenyum seorang aku dibuatnya.. teringat pada sahabat2 lama.. rahul (( ahahahahaha )) ini zaman aku form 5..kalau ada kalangan kawan2 aku yang membaca pasti ada yang tergelak.. aduhhh… zaman remaja aku.. memang brutal .. perangai mengalahkan jantan.. adehh… hahahahahaha berbuku lima dengan jantan pun aku pernah.
Tapi..
Aku rasa sedih bila mengingatkan hubungan aku dengan bonda.. tak seperti sahabat-sahabat aku yang lain.. mereke sangat rapat dan disayangi oleh bonda.. tapi aku.. mata kasar.. Nampak sama tapi.. hakikatnya hanya aku yang tahu.. ayahnda .. aku lebih rapat dengan ayahnda.. suka duka aku kongsikan bersama ayahnda.. sehingga kini..hmmmm
Aku pernah disisih .. makan.. pakai.. semua aku buat sendiri..tak ada sapa-sapa yang sediakan untuk aku. Sedih bila aku mengingatnya. Tapi aku tak pernah salahkan sesiapa. J aku pernah bekerja di restoren makcik aku dengan gaji hanya RM7 sehari untuk belanja harian aku. Masa itu aku kecik lagi.. sekolah lagi..Sedangkan saudara-saudara yang lain.. sebut sahaja apa yang diinginkan semuanya dapat. Hidup mewah…
Aku ?? berusaha untuk dapatkan apa yang aku inginkan. Bertitik tolak dari semua ini..aku mulai berubah.. aku berikrar dalam diam.. aku mahu bonda berasa bangga dengan ku. Tetapi semakin aku mencuba.. semakin jauh ku rasa..
Hmm.. aku tak boleh teruskan.. sakit bila aku kenangkan.. sakit hingga kini aku pendam.. aku tak dapat luahkan.. hanya coretan ini teman aku buat masa ini. Nyatanya memang ramai yang ada disampingku.. tapi.. tetap kosong.. J jumpa lagi dalam bahagian ke dua.. tentang aku dan sesuatu.. cinta…..masihkan ada untuk aku..


Wednesday, April 20, 2011

DALAM PERJALANAN

dalam perjalanan
orang kata,
kita akan mudah mengenali diri
kita dihadiahkan seluet di depan latar lain,
latar berbeza
mudah untuk kita melihat garis diri
saya sering melukis duka dan kecewa
kemurungan yang mendung pada zaman kelabu
saya sering mencari
mana silapnya
dan akhirnya aku tahu
salah aku kerna tak bisa untuk jadi yang terbaik pada sesiapa pun.


ruang perjalanan ialah dunia yang sedang bergerak
yang sedang menjadi akhirnya,
belum ada yang tepat..
belum ada keputusan yang diambil.
dunia ini dikutip daripada apa yang dilihat dan dari apa yang dirasai,
kilometer demi kilometer, pohon demi pohon, orang demi orang.
penyair juga mesti mencedok di sungainya
dengan itu ia mengambil segeluk air yang sedang bergerak
dengan berbuat demikian memberhentikannya untuk melihat ke dalamnya,
untuk menggaris wajah dan jati dirinya
adakah kita berbuat seperti itu
atau terus meneguknya dengan rakus.

Cikzura
Bumi Kenyalang

Thursday, March 31, 2011

penantian ... titik itu

penantian
meraut peribadi
menahan segala prasangka
yang meraja dalam diri
untuk segala gerak dan diam
meluaskan sebuah daerah takdir.

pada titik awal
bunga kembang megah
daun berselerakan di lantai alam
burung berkicau tanda gembira
unggas bersahutan
tanda bersyukur pada alam
tapi..
pada titik akhir
penanti menangkap titik akhir
pada tangga terakhir
dia sudah memanjat kembali
tangga pertama
menuju kerusi setia
mungkinkah akan tergelincir lagi?

penantian meraut peribadi
melihat sama ada kita bisa setia
penantia itu
bisa menipiskan watak
dan menggadai sebuah kedamaian.

cikzura
bumi kenyalang